"haa, check laa" balas mak pendek, namun kelihatan pada wajah tuanya yang sedikit risau. mungkin risau aku akan menghampakannya seperti dulu. mungkin risau akan masa hadapan aku sekiranya result aku tidak seperti yang diharapkan.
aku pantas menekan link yang telah di share kan oleh classmate dalam grup whatsapp. sabar bercampur gelisah menunggu website spectrum dipaparkan.
"mak awat lambat sangat nii?" keluh aku dalam resah. satu- satunya kelemahan yang aku tak mampu atasi.
"sabar, slow2, satgi keluaq laa tu." tenang mak membalas dalam loghat perak-kedah.
e-spectrum yang aku tunggu akhirnya terpapar, pantas aku memasukkan username and password.
sedetik, sesaat dan seminit. dan result aku terpapar.
"mak! adik dapat 3.58 makk!" menjerit dalam kegembiraan. lalu aku tunjukkan result aku kepada mak.
mak mengucap alhamdulillah, tersenyum senang. kegembiraan jelas terpancar pada wajah mak. aku melihatnya, sayu, bahagia sehinggakan air mata hampir mengalir.
mengapa suatu ketika dahulu aku sanggup membuat wajah di hadapan aku ini risau?
mengapa suatu ketika dahulu aku sanggup menghampakan dia di hadapan aku sekarang?
mengapa suatu ketika dahulu aku sanggup membiarkan orang dihadapan aku sedih?
kisah hidup ku yang dahulu kini bermain-main difikiranku.
sem yang lalu, hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar pasum telah muncul. auditorium yang dipenuhi pelajar-pelajar hayat sunyi, mungkin khusyuk mendengar lecture mathemathics. atau mungkin khusyuk membina mimpi.
kekhusyukan aku di ganggu apabila sekelompok pelajar di baahagian kanan aku membuat bising. aku menoleh, tak lain tak bukan classmate aku, tapi aku hiraukan kebisingan mereka. kembali fokus kepada lecture kononnya.
kebisingan makin menular, dan aku pun melihat sahabat aku yang berada di sebelah.
"result dah boleh check sebab tu diorang bising." kata sahabat aku.
oh ya ka? aku terus mengambil phone lalu log in spectrum. sangkaan aku result aku 3.5 ke atas.
namun, apakan daya, langit tak selalunya cerah. sangkaan aku meleset. result yang aku harapkan menjadi punah. punah sepunah-punahnya.
air mata seperti mahu mengalir, tetapi ku tahankan jua.
"kau dapat berapa?' tegur kawanku di sebelah.
"hahaha hang dapat berapa?" aku bertanyakan kawanku semula.
"alhamdulillah, boleh la 3.5 dan ke atas." ucapnya.
"wahh congrats" ucap aku.
aku mula memikirkan result aku. apa yang harus aku bagi tahu kat mak dan apak. marahkah mereka? hampakah mereka dengan aku? sedihkah mereka?
pelbagai persoalan bermain di benak fikiran aku. air mata seperti mula mahu mengalir. ku cuba mendail nombor telefon apak. namun tak diangkat. kerana mereka berada di luar negara.
dan akhirnya aku hanya menyampaikan result aku melalui sms.
assalam mak, result adik dah tahu. adik dapat 2.96.sms aku tidak dibalas. aku menghantar lagi.
sorry sebab menghampakan mak apak, sorry kalau result adik tak bagus.ketika itu, air mata aku mengalir, menunggu sms balas daripada mereka. aku mula reflect semula diri aku. aku mula mencari di mana salah aku.
sangkaan aku mak dengan apak akan marahkan aku salah. mereka tetap terus sentiasa bersama-sama aku. bantua ku, bangunkan aku dari jatuh oleh kesilapan diri aku. memang pada zahirnya, kelihatan mereka menerima keputusan aku itu, namun dalam hati mereka, aku tahu, mereka sedih, hampa. Namun, mereka sembunyikan daripada pengetahuan aku.
pada saat itu, aku mula bangkit dari kesilapan lalu, aku mula mencari kesilapan diri ini untuk diperbaiki dan aku mula mencari Penciptaku.
"hablul minallah wa hablul minannas"dua perkara yang disebut dalam kitab suci al-quran. jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan manusia.
maka pada saat itu lah bermulanya titik pusingan aku (turning point) mencari jalan pulang menuju kepadan-Nya.
aku tersedar dari lamunan yang lama. mengalih pandangan ku ke arah mak dan lalu melihat ke langit. Alhamdulillah Ya Allah! Terima Kasih Ya Allah! atas rahmat-Mu dan izin-Mu.