Saturday, 2 July 2016

Thought


Antara realiti dengan imaginasi. Antara impian dan angan- angan. Pada mulanya aku ingin menulis berdasarkan kehidupan seharian aku. Kehidupan yang aku rasakan menarik, sesuai untuk dikongsikan bersama- sama orang lain.

Semakin aku mengorak langkah ke hadapan, menjalani kehidupan sebagai seorang manusia, anak, pelajar dan hamba aku mula sedari kehidupan aku tidaklah semenarik mana untuk di kongsikan, diceritakan dan diolahkan.

Kerana aku baru sedar, kehidupan aku dan kau berbeza. Kerana aku sedar kehidupan aku menarik di mata aku, dan kehidupan kau menarik di mata kau. Kerana aku baru sedar kehidupan aku adalah aku, dan tiada siapa yang peduli dan ingin ambil tahu jalan ceritanya, pokok puncanya kehidupan aku bermula.

Aku menulis pada hari ini bukan untuk menceritakan, men ‘viral’kan kehidupan aku. Tapi kerana dengan menulis aku rasa puas. Kerana hati ini, diri ini rasa terpanggil untuk menulis sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsikan. Kerana diri ini masih dalam proses penghijrahan. Penghijrahan yang memerlukan satu semangat yang kental untuk sentiasa istiqamah. Istiqamah. Yeah! That’s the right word.

Maka, setiap bait ayat, setiap patah perkataan yang aku lontarkan itu hadir dengan izin-Nya mungkin melalui pemerhatian, pendengaran, isu semasa dan deria-deria yang ada. Yang pasti bukan 100% daripada kehidupan seharian aku. Kerana di sini aku ingin tegaskan kehidupan aku tidaklah menarik untuk dijadikan novel, tidaklah menarik untuk dikongsikan bersama.

Sebab kehidupan di dunia adalah realiti bukanlah imaginasi. Aku pernah mengharapkan aku hidup dalam kegembiraan tanpa kedukaan, kesenangan tanpa kesusahan, kekayaan tanpa kemiskinan dan kelapangan tanpa kesempitan. Tetapi, sedap ke masakan kalau manis tanpa masin?

So kesimpulan yang aku dapat, kehidupan ini akan lebih menarik kalau ada perencahnya. Hidup dalam gembira sahaja membuatkan kita lupa akan kesedihan. Tanpa sedih kita tak akan menghargai apa ertinya gembira. Macam dalam cerita Inside Out.


“kau akan rasa nikmat sebenar kehidupan kau bila kau betul-betul menghargai apa yang di depan mata kau.”